Monday, September 9, 2013

Semua Dapat

Assalamualaikum...





Pergi runcit topup, beli topup celcom rm10
Dah gores dapat nombor terus tekan *122*1234567890000000000#
Then dapat mesej kata nombor dah diterima
Enjoy lah messaging and calling dengan yang tersayang

Pergi kedai makan, nak lunch
Ambik lauk-lauk yang best
Sekali tengok harga mak aih
Tapi dalam hati cakap
Relax la, duit ada boleh bayar. Apa susah
Then
Enjoy lah eating

Interview pukul 10 pagi
Dari umah ke tempat interview lebih kurang setengah jam (campur dengan jam) kalau naik bas
Tunggu bas belakang rumah pukul 9.15 pagi
Tada hal lah
Pukul 9.15 pagi tepat-tepat bas datang dengan tayar yang berdecit excited
Sampai-sampai tempat interview baru pukul 9.45 pagi
Enjoy lah sebab jadi early bird yang sampai


*****


Pergi kedai runcit, beli topup celcom rm10
Dah gores dapat nombor terus tekan *122*1234567890000000000#
Then dapat mesej kata nombor tak diterima
Angkat kening dua tiga kali
Try masukkan lagi
Jebik-jebik mulut konon nak menangis
Still tak dapat
Pergi kedai runcit tu balik
Cakap tak boleh pakai la nombor topup ni
Bhai kat kedai runcit tu cakap
'Saya cuma jual, saya tada tahu. U try call itu nombor kat belakang la'



Pergi kedai makan, nak lunch
Tengok ada lauk-lauk yang best
Sekali tengok harga mak aih
Terpaksalah pergi kedai runcit beli telur saja
Al maklumlah gaji belum masuk lagi
Duit pulak banyak habis bayar hutang


Interview pukul 10 pagi
Dari umah ke tempat interview lebih kurang setengah jam (campur dengan jam) kalau naik bas
Tunggu bas belakang rumah pukul 9.15 pagi
Tada hal lah
Pukul 9.45 pagi tepat-tepat bas datang dengan tayar yang berdecit excited
Sampai-sampai tempat interview baru pukul 10.15 pagi
Malu la weh lambat
First impression dah ke laut kot

****


Sedar tak kadang-kadang kita tak pernah sangka kita selalu diberi peluang untuk jalani hidup ini dengan selesa. Ya lah..selesa...Apa yang kita nak senang je dapat. Biarpun benda kecik aje. Tapi impak dia kadang-kadang boleh jadi besar. Kalau dia tak effect sangat pada bentuk fizikal kita sekalipun tapi kurang-kurang ketenangan pada hari itu di ragut. Kemudian mula lah sedih. Stress. Rasa macam nak terjun katil.

Benda kecik je pun.

Tapi pernah terfikir tak kalau kita memang tak pernah alami 3 perkara paling atas dan selalu selesa sangat-sangat dalam zon sendiri...

Tiba-tiba...

Hari itu menjelma

Biarpun ianya benda simple. Tapi bila 3 perkara di bawahnya pulak yang berlaku. Mulalah rasa..

Oh, mengapakah dunia ini sungguh kejam?


Ingatlah...semasa kita senang jangan lupa tengok di bawah. Tak semua orang sebertuah kita.
Mungkin kita cuma diberi oleh ujian oleh Allah swt sekali sahaja untuk merasai apa perasaan mereka yang kurang mampu ataupun tidak bertuah pada hari itu. Tidak bernasib baik atau mungkin orang-orang yang hidupnya hari-hari diuji.

Mungkin sekali sahaja untuk satu tahun

Kurang-kurang kita mampu tersedar. Nikmat Allah swt...biarpun kecil sebenarnya sangat-sangat berharga.

ALHAMDULILLAH







No comments:

Post a Comment