Katanya dulu, dia takut.
Sangat penakut.
Tidur sendirian di katil bujang kolej.
Apatah lagi di dalam bilik kosong sorang-sorang.
Gila.
Katanya dulu..
Dia sangat pengecut.
Pergi jalan-jalan seorang diri di bandar, di pekan, di kampung.
Memang dalam mimpi pun tak la. Kalau ada boyfriend mungkin okay lah.
Boleh teman.
Tapi...berboyfriend pun takut.
Dulu, dia yang dulu.
Semua orang tahu macam mana.
Dan sebab itu dia rasa sangat loser.
Kalau ada kuasa.
Dia mahu hentikan masa.
Mahu terkurung di satu ruang masa yang hanya ada dia dan dirinya.
Dia berseorangan.
Tanpa perlu memandang mata-mata yang memandang.
Oh, dia rasa sungguh loser.
Sungguh hopeless.
Satu hari, dia berjaya lari dari mata-mata itu.
Dia menghentikan masanya sendiri.
Dia turun dari train itu.
Melihatnya pergi..
Pergilah....
Sambil pandang awan.
Menarik nafas lega
Tersenyum...
Dia sendirian berjalan di satu sudut. Sudutnya sendiri.
Tanpa sedar, sudut itu menjadi semakin panjang, luas dan lebar.
Setelah bertahun-tahun berjalan, dia rasa sunyi..
Sunyi.
Rasa cemburu.
Rindu.
Sudah pasti train itu sudah sampai ke destinasi yang indah.
Tiba-tiba dari jauh kelihatan sebuah train menuju ke arahnya.
Matanya bulat.
Dalam diam, seolah-olah ada harapan di dalam train itu.
Dia..
Should I go?
Should I go?
Should I take this train?
****
Yes..
Pelangi indah mula muncul.
Dia menjumpai sesuatu.sepanjang perjalanan di dalam train baru itu
Sebuah buku...
Penuh dengan nota-nota cinta.
Dia tersenyum..
Baru dia tersedar...
Rupa-rupanya....
****
"Hai...dah lama tak jumpa. You look so different. Nampak sangat gembira. Dah tak macam dulu...well you know"
Dan mata-mata yang sama.Memandang dia.
How should I react?
Akhirnya dia tersenyum. Bersahaja.
"Sudah ada cinta la tu. Well boy friend?"
Dia terdiam..
Kemudian dia tergelak kecil.
"Yes I am"
Yes...sudah ada cinta.
Ya...sudah ada cinta.
Dia lah Allah.
Tempat dia bergantung selama ini.
Tidur di bilik kosong sorang-sorang. It's Okay.
Berjalan di bandar, pekan, kampung ataupun ke negeri dan negara lain sorang-sorang. It's still okay.
Menempuh segala kesusahan dan ujian sorang-sorang. It's still so okay.
Menangis sorang-sorang.
Bergantung tidak pada manusia.
Still Okay!!
Allah kan ada.
Dia lah tempat bergantung.
Dialah segala cinta yang ada.
In Dunya and hereafter..




